Thursday 5 February 2015

FAKTOR UTAMA PASANGAN MEMILIH UNTUK BERNIKAH DI SELATAN THAILAND ADALAH

Nikah Gantung
Nikah Sementara/NIKAH untuk mengelakan ZINA / Kebiasaannya pasangan ini akan bernikah sekali lagi di malaysia.student ipt antara pasangan yang paling ramai bernikah dengan cara ini.

Kahwin Lari 
sebab mendapat halangan daripada keluarga antara faktor utama pasangan berkahwin di mais.

Poligami 
Tidak mendapat keizinan daripada isteri pertama ATAU undang undang malaysia yang ketat untuk berpoligami menjadi faktor utama untuk pasangan memilih untuk berkahwin di selatan thailand.   

Nikah Hamil       
akibat kesilapan lalu dan hasilkan zuriat .maka banyak pasangan memilih untuk berkahwin di thailand kerana masalah masa yang terhad untuk menguruskan penikahan di malaysia.





Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Maengikut Mazhb Al-Syafie

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasab di negeri sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadi yang dilantik oleh tuan yang terutama adalah dikira pernikahan secara wali hakim dan pernikahan itu adalah sah di sisi syarak.
Mufti negeri sabah hendaklah membuat kenyataan umum di negeri itu mengenai keputusan seperti di perenggan di atas

Pernikahan pelajar atau rakyat malaysia di luar negeri secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan malaysia adalah dilarang.


Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yangbersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Anak Tak Sah Taraf ialah:-

(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan


(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

No comments:

Post a Comment