Pendaftaran Nikah di Malaysia
Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
Biasanya, pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.
Diantara dokumen yang perlu ialah surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam, surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, keputusan ujian HIV, sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama), salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada) dan beberapa dokumen lain.
Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Selepas apa-apa denda dikenakan, hakim akan mengarahkan pernikahan itu didaftarkan.
Memilih Agen Nikah di
Thailand
Memandangkan
banyak sindiket nikah palsu yang beroperasi di sempadan Malaysia - Thailand,
dan agen yang tidak menjelaskan keperluan sebenar untuk mendaftarkan nikah di
Malaysia nanti, pemilihan agen harus dilakukan dengan berhati-hati. Jika tidak,
ada kemungkinan nikah tidak sah, atau bermasalah untuk mendaftar semula di Malaysia
nanti.
Berikut
adalah beberapa perkara yang harus dipertimbangkan:
Elakkan nikah di sempadan di kawasan Malaysia, sedangkan
jurunikah/wali hakim adalah dari Siam,dan/atau surat nikah akan dikeluarkan
dari Thailand. Besar kemungkinan nikah demikian tidak sah dan tak boleh
didaftar di Malaysia.
Elakkan agen yang membawa ke Wilayah selain Songkhla, Satun atau
Phatthalung, sebab kemungkinan besar agen itu tidak akan membawa ke Songkhla
untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Elakkan agen yang tidak memaparkan alamatnya, sebab mereka akan
susah dicari kalau timbul apa-apa masalah dalam urusan nikah atau pendaftaran
nikah nanti. Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku
penipuan dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.
Berhati-hati kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak
ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat
pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu