Wednesday 1 October 2014

JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

PENTING!!


JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

KUALA LUMPUR: Jakim mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.

"Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand," katanya. (Disiarkan oleh MyMetro pada 30 Jun 2012 )

Ini bermakna bahawa Pejabat Agama Betong tak diiktiraf oleh JAKIM!!

No comments:

Post a Comment