Tuesday 16 December 2014

nikah thailand,nikah siam,nikah sah di thailand,majlis agama islam songkhla,nikah gantung,nikah lari,

Arahmana resources 
Yg 15 Jalan Plumbum y7/y,
Pusat Komersial seksyen 7,
40000 Shah alam
0173645077/0179598460 

NIKAH THAILAND



MENGAPA PERLU MEMILIH KAMI ????
KEBAHAGIAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
  • Kami adalah agen yang menyediakan pakej  urusan nikah kahwin di selatan Thailand dengan Harga yang paling berpatutan dan tidak membebankan. 
  • Bepengalaman selama 4 tahun dalam menguruskan pasangan malaysia berkahwin di selatan Thailand.
  • Dinikahkan oleh jurunikah yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  • Menguruskan surat pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla bagi memudahkan urusan mendaftar semula nikah di Malaysia.
  • Pengangkutan,penginapan dan makan ditanggung oleh kami 100%.
  • hanya menguruskan 1 pasangan sahaja untuk satu hari 
  • tarikh nikah ditentukan oleh anda bermula daripada hari isnin hingga hari khamis.
  • ingin tahu lebih terperinci  pasal nikah-kahwin di selatan thailand boleh telefon atau whatsapp saya.
       Azrin 0173645077- whatsapp




FAKTOR UTAMA PASANGAN MEMILIH UNTUK BERNIKAH DI SELATAN THAILAND ADALAH :
  • Nikah Gantung Nikah Sementara/NIKAH untuk mengelakan ZINA / Kebiasaannya pasangan ini akan bernikah sekali lagi di malaysia.student ipt antara pasangan yang paling ramai bernikah dengan cara ini.
  • Kahwin Lari sebab mendapat halangan daripada keluarga antara faktor utama pasangan berkahwin di mais.
  • Poligami Tidak mendapat keizinan daripada isteri pertama ATAU undang undang malaysia yang ketat untuk berpoligami menjadi faktor utama untuk pasangan memilih untuk berkahwin di selatan thailand.   
  • Nikah Hamil                                                                                                                                                          
hotel ini mempunyai coverage line maxis,celcom dan digi ,wifi


PROMOSI 2015 Penginapan yang terindah untuk pasangan yang menikah dengan pakej yang Kami sediakan.












Dokumen Yang Perlu Dibawa:
1.    Pasport yang sah atau Pas Sempadan
2.    Kad pengenalan
3.    Surat cerai/surat kematian suami (Jika berkenaan)
4.    Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan)
5.    Surat izin wali (Jika ada)


Cuma penduduk Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan boleh memohon Pas Sempadan.
Bawa surat yang asal, bukan photocopy.

TEMPAT NIKAH
Pasangan yang ingin melangsungkan penikahan di Thailand akan dibawa ke Majlis Agama islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla.

PENTING !!semasa urusan akad nikah di jalankan pasangan digalakan untuk mrakamkan gambar atau video sebagai bahan bukti penikahan itu dijalankan di tempat yang betul .ini bagi memudahkan proses pendaftaran nikah itu di malaysia kelak.

Pemandangan Masjid Jamek Songkhla dari hadapan yang menempatkan juga Pejabat Majlis Agama Islam Songkhlanikahhalalsiam


                           Pejabat Agama Islam Songkhla ( MAIS )pejabat mais

SELESAI URUSAN AKAD NIKAH :
MAIS akan menyerahkan SIJIL NIKAH dan surat pengesahan NIKAH kepada pasangan dalam tempoh masa tidak lebih dari 2 jam.

 kedutaan malaysia di songkhla

Selepas SIJIL NIKAH dan  surat pengesahan nikah dikeluarkan oleh MAIS , pihak kami akan membawa pasangan ke Konsulat Malaysia(kedutaan Malaysia) di Songkhla untuk pengesahan nikah .

Surat pengesahan NIKAH oleh Konsulat Malaysia mengambil masa 1 hari untuk Disiapkan.

Dah selesai Hari Pertama KITA...Jom BAlik HOTEL 



Hari Kedua Kita

Bangun jer tiduq kita sarapan kat hotel dulu ( time sarapan 7am-10am ).lepas settle sarapan kita pergi ke Kedutaan Malaysia (Konsulat Malaysia ) untuk ambik surat pengesahan nikah yang kita summit semalam .selepas semua doc kita dapat boleh lah jalan jalan dulu area pantai songkhla and hatyai.



Pantai Samila




Selesai....Selamat Pengantin Baru di ucapkan daripada pihak kami.semoga kekal hingga ke akhir hayat.amin








Tuesday 28 October 2014

FOR MEMO

MEMO PENTING

TIADA KEKOSONGAN UNTUK TARIKH DI BAWAH

28/01/2015
29/01/2015
01/02/2015
02/02/2015
03/02/2015
04/02/2015
06/02/2015
17/02/2015
18/02/2015

DATE LAIN BELUM ADA BOOKING

Wednesday 22 October 2014

wali hakim,kahwin lari,penamaan anak tak sah taraf,mengahwini perempuan mengandung

Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasab di negeri sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadi yang dilantik oleh tuan yang terutama adalah dikira pernikahan secara wali hakim dan pernikahan itu adalah sah di sisi syarak.
  2. Mufti negeri sabah hendaklah membuat kenyataan umum di negeri itu mengenai keputusan seperti di perenggan di atas
  3. Pernikahan pelajar atau rakyat malaysia di luar negeri secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan malaysia adalah dilarang.

Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yangbersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Pernikahan Melalui Persetujuan (Lelaki Dan Perempuan). Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah tidak sah pernikahan demikian kerana pernikahan ini tidak mempunyai saksi dan tidak menggunakan sighah Ijab dan Qabul seperti yang diittifaq oleh empat mazhab Islam iaitu Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara Atas Nama Jawatan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara Atas Nama Jawatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam menyuruh umatnya mempermudahkan urusan perkahwinan selagimana ia tidak melanggar Hukum Syarak dan mematuhi peraturan negara. Walau bagaimanapun dalam urusan perkahwinan di luar negara, pelantikan Pendaftar Nikah Cerai perlu dipilih daripada mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat wali yang ditetapkan.
  2. Berdasarkan keperluan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara tidak boleh dibuat atas nama jawatan, tetapi perlu dibuat atas nama individu yang berkelayakan menurut syarak.




Wednesday 1 October 2014

Pendaftaran Nikah di Malaysia

Pendaftaran Nikah di Malaysia
Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
Biasanya, pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.

Diantara dokumen yang perlu ialah surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam, surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, keputusan ujian HIV, sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama), salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada) dan beberapa dokumen lain.

Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Selepas apa-apa denda dikenakan, hakim akan mengarahkan pernikahan itu didaftarkan.



Memilih Agen Nikah di Thailand

Memandangkan banyak sindiket nikah palsu yang beroperasi di sempadan Malaysia - Thailand, dan agen yang tidak menjelaskan keperluan sebenar untuk mendaftarkan nikah di Malaysia nanti, pemilihan agen harus dilakukan dengan berhati-hati. Jika tidak, ada kemungkinan nikah tidak sah, atau bermasalah untuk mendaftar semula di Malaysia nanti.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus dipertimbangkan:


   Elakkan nikah di sempadan di kawasan Malaysia, sedangkan jurunikah/wali hakim adalah dari Siam,dan/atau surat nikah akan dikeluarkan dari Thailand. Besar kemungkinan nikah demikian tidak sah dan tak boleh didaftar di Malaysia.

Elakkan agen yang membawa ke Wilayah selain Songkhla, Satun atau Phatthalung, sebab kemungkinan besar agen itu tidak akan membawa ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Elakkan agen yang tidak memaparkan alamatnya, sebab mereka akan susah dicari kalau timbul apa-apa masalah dalam urusan nikah atau pendaftaran nikah nanti. Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku penipuan dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.

     Berhati-hati kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu

JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

PENTING!!


JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

KUALA LUMPUR: Jakim mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.

"Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand," katanya. (Disiarkan oleh MyMetro pada 30 Jun 2012 )

Ini bermakna bahawa Pejabat Agama Betong tak diiktiraf oleh JAKIM!!